Tips cari kerja untuk “fresh grad”

There is no translation available.

Anda seorang fresh graduate? Tiada pengalaman berkerja? Sukar mendapat pekerjaan yang diinginkan? Belum atau jarang-jarang dapat panggilan interview?

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, statistik terkini sehingga bulan Ogos 2018 menunjukkan 3.4 % rakyat Malaysia yang mewakili sejumlah 525 000 orang masih belum berjaya mendapatkan perkerjaan. 525 000 orang bukan jumlah yang sedikit, tetapi anda perlu ingat yang anda bukan sahaja perlu bersaing dengan mereka. Anda juga perlu bersaing dengan mereka yang sudah memiliki perkerjaan dan pengalaman. Jika kita lihat teori asas penawaran dan permintaan (laws of supply and demand), untuk mencapai keseimbangan antara permintaan pengguna (majikan) dan penawaran pengeluar (pencari perkerjaan), kuantiti pekerjaan yang ditawarkan perlu sama dengan kuantiti pekerjaan yang diminta.

Sekarang, mungkin anda tertanya-tanya, berapakah kuantiti perkerjaan yang ditawarkan di Malaysia? Banyak. Kemudian anda meneruskan pembacaan artikel ini dengan pandangan sinis. Eh, saya sudah beberapa (letak nombor di sini) bulan atau tahun mencari perkerjaan tetapi masih belum berjaya. Sudah banyak kali saya pergi interview,tapi masih belum berjaya. Kalau ada pun kerja kosong, bukan dalam bidang saya. Saya langsung tidak memilih kerja, saya apply semua kerja yang ada. Bagaimanakah penulis boleh berkata ada banyak peluang kalau saya masih lagi menganggur?

Hanya 40 % perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian ialah perkara yang berada dalam kawalan kita. Selebihnya, 60 % perkara berlaku di luar kawalan kita. Hari ini kita akan membincangkan cara-cara untuk memanfaatkan sepenuhnya 40 % perkara yang berada dalam kawalan kita.

Antara langkah-langkah yang anda boleh ambil adalah ;

  1. Cipta peluang sendiri

    business job interview concept 1421 77

    Perkara pertama yang anda boleh buat ialah mencipta peluang anda sendiri. Bagaimanakah caranya? Networking. Contoh, jika anda mahu berkerja dengan (letak nama syarikat impian anda di sini), anda boleh mulakan dengan berhubung dengan pekerja syarikat tersebut. Tak kenal maka tak cinta. Banyak maklumat dan pengetahuan yang anda boleh dapatkan daripada mereka.

    Jangan pula terus call atau emel bertanyakan perkara seperti “Salam, Ada kerja kosong tak?”, “Ini resume saya, tolong hantar kepada HR” atau lain-lain hantaran yang tidak menunjukkan anda seorang yang professional. Guna cara yang betul. Pada zaman teknologi ini, kebanyakan networking dilakukan menerusi aplikasi seperti Linkedin. Anda juga boleh cuba networking menerusi persidangan, karnival kerjaya dan perjumpaan yang berlangsung sepanjang tahun. Anda cuma perlu rajin sedikit untuk mencarinya.

    Jangan lupa juga yang keluarga, jiran atau sesiapa yang anda jumpa juga boleh menjadi networking bagi anda. Sentiasa bersedia.

  2. Fake it till you make it

    cheerful leader motivating his business team 1262 3713

    Kedua, ‘fake it till you make it’ yang bermaksud anda perlu tunjukkan yang andalah orang yang dicari-cari majikan selama ini. Kesinambungan daripada networking, anda boleh ‘menggunakan’ hubungan anda untuk mempelajari skil dan pengetahuan ‘know-how’ yang penting untuk kerja-kerja tertentu.

    Walaupun, anda tiada pengalaman berkerja atau hanya mempunyai sedikit pengalaman kerja sambilan, ‘transferable skills’ ialah sesuatu yang anda boleh tunjukkan melalui resume anda. Jika kerja tersebut memerlukan kualiti seperti ‘kepimpinan’ atau ‘berkerja dalam pasukan’, kualiti ini dapat anda tunjukkan melalui penglibatan dalam aktiviti sukan – mewakili pasukan sekolah atau universiti. Apa yang perlu lakukan ialah bertanya. Mungkin ada respon yang tidak menyenangkan, tetapi percayalah akan ada yang boleh membantu anda.

  3. Tidak putus asa

    climbing mountain backlit background 1048 1039

    Perkara terakhir yang anda boleh buat ialah tidak mudah berputus asa. Jangan berputus asa kerana sememangnya, anda boleh lakukannya. Masa anda akan tiba.

Tips

  • Hits: 3884

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Sunday 17 October 2021, 10:50:39.