Tip Jimat Belanja Makan Untuk Pelajar Universiti!

There is no translation available.

man making money gesture and holding a wallet 1187 3120

Sama ada bajet makan anda datangnya daripada ibu bapa, biasiswa, pinjaman, atau pendapatan sendiri daripada pekerjaan separuh masa atau sementara, mungkin anda ada memikirkan bagaimana caranya untuk menjimatkan belanja makan. Waktu perlu berdikari seperti inilah, anda sering teringat-ingat masakan emak dan ayah di rumah. Terima kasih, emak dan ayah!

Berikut disenaraikan beberapa tip untuk menjimatkan belanja makan:

  1. Masak di rumah

    crop hands of woman cooking in kitchen 23 2147810165

    Jika anda dibenarkan memasak di kediaman anda (contohnya di apartment), atau jika anda menyewa di luar, memasak adalah cara terbaik untuk menjimatkan duit. Waktu di universiti memang sesuai untuk belajar salah satu kemahiran hidup yang penting – memasak! Jika anda risau banyak masa akan terbazir, pilih resipi yang ringkas-ringkas dan tidak memerlukan banyak masa untuk disediakan. Anda juga boleh bergilir memasak dengan rakan serumah, atau masak bersama-sama.

  2. Kreatif dalam penyediaan makanan

    confused housewife at kitchen 1398 6388

    Jika anda tidak dibenarkan memasak, tetapi boleh menggunakan peralatan elektrik, anda juga boleh menyediakan sebahagian daripada makanan anda sendiri. Contohnya, masak nasi sendiri dan hanya beli lauk. Jika anda berpakat kongsi beli lauk dengan rakan-rakan juga, boleh lebih jimat. Ada juga makanan yang dapat disediakan tanpa dapur atau peralatan elektrik contohnya roti sebagai sarapan dan salad. Tapi ingat, jangan kerap makan mi segera demi menjaga kesihatan anda!

  3. Makan di kafeteria kampus

    handsome student showing his choise to the cook in the cafeteria of his campus 13339 243976

    Pilih untuk makan di kafeteria dalam kampus yang disediakan oleh universiti. Harga makanannya lebih murah kerana biasanya sebahagian daripada kos sewa operasi telah disubsidi oleh pihak universiti. Sekali-sekala, sekiranya perlu atau ada sebab istimewa, bolehlah makan di restoran luar.

  4. Pilih pemakanan ringkas tapi sihat

    Pilih telur sebagai protein dan lebihkan sayur jika anda benar-benar perlu berjimat. Ini lebih baik berbanding makan mi segera!

  5. Berhenti pesan air bergula

    iced chocolate in cafe 1339 7092

    Apabila makan di kafeteria atau restoran, elakkan memesan minuman bergula, sebaliknya minumlah air kosong. Jimat pun jimat, sihat pun sihat!

  6. Elak berbelanja ‘kecil’ di kuliah.

    Seeloknya, bawa air dan snek sendiri sewaktu ke kuliah. Sekiranya dahaga dan lapar selepas kelas, anda tidak perlu membeli minuman dan makanan contohnya di mesin layan diri yang biasanya lebih mahal.

  7. Pilih pasar raya paling murah

    Jika membeli barang keperluan di luar, pilih pasar raya atau pasar malam yang menawarkan harga yang lebih murah. Barangan jenama pasar raya atau tanpa jenama pula lebih murah berbanding barangan berjenama. 

  8. Beli barangan ‘on bargain’

    young couple shopping in a supermarket 53419 6257

    Jika membeli barang keperluan di pasar raya, periksa sama ada pasar raya itu ada menjual makanan yang hampir tiba tarikh luput pada harga yang lebih murah, contohnya roti, untuk dimakan terus. Biasanya ada rak khas tempat produk ini diletakkan. Jangan bimbang, tidak semua makanan yang hampir dengan tarikh luput tidak boleh dimakan. Bahkan, ia boleh dimakan tanpa ragu-ragu dan dijual dengan harga yang jauh lebih murah!

  9. Gunakan kad keahlian pasar raya (jika ada) untuk mendapatkan potongan harga.

    Kebanyakan pasar raya menawarkan kad keahlian yang boleh mengumpul mata. Anda boleh menggunakan mata ini di kemudian hari untuk menebus diskaun atas sesuatu barangan. Dengan ini, anda boleh berjimat di samping menikmati pelbagai faedah lain.

Tips

  • Hits: 3727

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 07 May 2021, 21:12:40.