SMK Iskandar Shah Terima Makmal Komputer Baharu

There is no translation available.

Sebuah makmal komputer baharu sedang dibina di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah, Jasin, Melaka bagi menggantikan makmal lama.

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching berkata, pembinaan makmal itu telah dimulakan pada 13 Mei 2019 dan dijangka siap sepenuhnya pada 11 November 2019.

"Projek ini menelan kos RM636,000 dan merupakan salah satu daripada lapan buah sekolah daif di Semenanjung Malaysia yang telah disenaraikan untuk dinaik taraf dan dibaiki melibatkan kos berjumlah RM18 juta bagi kesemua lapan sekolah terbabit.

"Manakala tiga buah sekolah daif yang akan dibaiki di Sabah dengan jumlah kos sebanyak RM10 juta dan 32 buah sekolah daif di Sarawak dengan kos RM100 juta," katanya semasa melakukan lawatan kerja di sekolah berkenaan hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong; ADUN Kesidang, YB Tuan Allex Seah Shoo; Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, YBrs Tuan Haji Mohd Rashid Mohd Sidek, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, Dr. Mohamad Azam Ahmad, Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Jasin, Ir. Zulkhairi Abdul Aziz dan Pengetua SMK Iskandar Shah, YBrs Khaironiza Abu

 
 
(UKK 19 Julai 2019)
  • Hits: 1353

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 09 July 2020, 20:14:54.