SBP's STEMulate Fest 2020

There is no translation available.

SBP's STEMulate Fest 2020 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini memperlihatkan usaha berterusan KPM memperkukuhkan dan memartabatkan pendidikan STEM kepada generasi muda.

Berlangsung di Ruang Legar, KPM Presint 5, perasmian sebentar tadi disempurnakan oleh Ybrs Dr. Ahmad Rafee Che Kassim Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan & Profesionalisme Keguruan)

Pendidikan STEM ini dilihat bakal melahirkan generasi muda yang memiliki intelektual tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Sekali gus berupaya memacu ekonomi negara dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

SBP's STEMulate Fest 2020 juga memperlihatkan sekolah-sekolah tampil memberi informasi mengenai idea, usaha dan kejayaan sekolah masing-masing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Antara sekolah-sekolah terlibat dalam pameran adalah Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, SM Sains Tuanku Munawir, SM Sains Pasir Puteh, SMA Persekutuan Kajang, Sekolah Tun Fatimah, SMAP Kajang, SM Sains Kuching Utara, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dan SM Sains Sultan Mahmud.

(UKK 26 Februari 2020) 
 
  • Hits: 5739

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 29 May 2023, 13:43:29.