Revolusi Sifar Cicir Murid Menerusi Ziarah Cakna

There is no translation available.

Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 telah berlangsung serentak mulai hari ini yang mana peringkat negeri Johor telah disempurnakan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan turut hadir menziarah beberapa rumah murid di Taman Muhibbah, Saleng dan meninjau SMK Indahpura, Kulai.

Beliau dalam ucapannya berkata KPM mensasarkan pelaksanaan revolusi sifar murid cicir yang mana kementerian akan memastikan tiada lagi murid darjah 6 yang tercicir daripada memasuki tingkatan 1 selaras dengan satu teras strategik Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 iaitu ‘Strategi Transformasi Modal Insan’.

"KPM akan terus komited ke arah pendidikan yang lebih berkualiti dalam penjanaan generasi yang lebih unggul serta akan terus memastikan semua anak-anak mendapat peluang dan akses pendidikan yang terbaik".

Hadir sama ialah YBrs Encik Azman bin Adnan, Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

(UKK 9 Februari 2020) 
 
  • Hits: 3906

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 29 May 2023, 13:43:29.