Peserta Malaysia Meraih Tempat Pertama Dalam Kategori Penulisan Lagu Di United Kingdom

There is no translation available.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Cik Nur Adibah Mohammad Kifli, pelajar Kolej Vokasional Keningau yang telah memenangi tempat pertama dalam kategori penulisan lagu bagi umur 16-18 tahun dalam pertandingan Never Such Innocence Competition 2020/21 anjuran Never Such Innocence di United Kingdom secara maya yang telah diumumkan pada 30 April 2021 lepas. 

Adibah berkata lagu ‘Free Me’ adalah berkisar kepada dirinya yang kurang yakin pada diri dan kemampuannya serta rasa takutnya pada masyarakat. Lagu ini juga adalah cara Adibah untuk meluahkan apa yang dirasanya kepada orang lain. Tambahnya lagi, tidak salah untuk mengakui kelemahan diri sendiri kerana ianya adalah normal. Sebanyak 3,000 penyertaan dari 99 buah negara dari seluruh dunia telah diterima dan kemenangan telah berpihak kepada peserta dari Malaysia untuk kategori ini. 
 
Adibah akan dijemput ke bengkel penulisan khas secara atas talian bersama-sama Bethzienna Williams, peserta akhir program The Voice UK! disamping hadiah-hadiah lain yang bakal diterimanya. Beliau begitu teruja serta tidak menyangka kemenangan akan berpihak kepada lagu ciptaannya. Keputusan pemenang telah diumumkan oleh pengasas Never Such Innocence, Lady Lucy French dan pautan pengumuman pemenang ini boleh dilayari di  
 
 
Poster Tahniah
 
 Song
  • Hits: 739

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 11 June 2021, 23:35:07.