Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-46

There is no translation available.

YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini menyampaikan hadiah Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-46 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sebanyak 69 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Tentera DiRaja (MTD) menyertai pertandingan ini.

Bagi kategori Bahasa Inggeris dimenangi oleh pasukan bahas Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menewaskan Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Manakala bagi kategori Bahasa Melayu dimenangi pasukan bahas Sekolah Dato' Abdul Razak menewaskan Sekolah Sultan Alam Shah.

(UKK 4 Ogos 2019)

  • Hits: 4312

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 29 May 2023, 09:32:56.