Pengumuman Pencapaian Malaysia di PISA 2018

There is no translation available.

Purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Bacaan dengan 415 mata skor, Literasi Matematik (440 mata skor) dan Literasi Saintifik (438 mata skor) telah menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian sebelum ini semasa diawal penyertaan Malaysia dalam PISA 2009, juga di PISA 2012.

Jurang pencapaian Malaysia dengan purata OECD juga semakin mengecil dalam tempoh 10 tahun bagi ketiga-tiga literasi dengan pengecilan jurang paling ketara dalam Literasi Matematik, begitu menurut laporan yang dibentangkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg Datuk Dr. Amin Senin sempena Pengumuman Pencapaian Malaysia di PISA 2018 yang turut diadakan serentak di seluruh dunia.

Pencapaian Malaysia yang terkini ini juga menunjukkan Malaysia bukan lagi berada di satu pertiga ke bawah dalam kedudukan negara. Malaysia kini berada pada satu pertiga pertengahan.

Kajian PISA ditadbir setiap tiga tahun bagi mengukur sejauh mana murid berusia 15 tahun dan hampir meninggalkan alam persekolahan telah memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang secukupnya sebagai persediaan untuk mereka menyertai masyarakat moden. Sebanyak 79 negara dan ekonomi OECD dan bukan OECD menyertai PISA 2018 ini.

Pentaksiran PISA di Malaysia adalah berasaskan komputer dengan purata hampir 7000 murid, 4800 guru dan 200 pentadbir dari 200 sekolah mengambil bahagian dalam kajian PISA pada setiap pusingan.

Syabas buat semua murid, guru dan sekolah yang terlibat dalam menjayakan PISA 2018 ini dan membuktikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global seterusnya mengecap kejayaan.

 
(UKK 3 Disember 2019) 
 
  • Hits: 652

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 06 April 2020, 07:31:52.