Mesyuarat Agung Ke-38 Puspanita Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia

There is no translation available.

Mesyuarat Agung Ke-38 PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia telah berlangsung pada 2 Mac 2021 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna KPM E12. Majlis berlangsung dalam suasana norma baharu dan kehadiran ahli adalah terhad mengikut SOP yang telah ditetapkan. 

Dengan ketibaan tetamu terhormat iaitu YBhg. Datin Nor’ Ashikin binti Omar selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu PUSPANITA diikuti dengan bacaan doa pembuka majlis.
 
YBhg. Datin Nor’ Ashikin kemudiannya menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan tayangan Ucapan Perasmian oleh YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia merangkap Penasihat PUSPANITA cawangan KPM sebelum Mesyuarat Agong dilaksanakan.

  • Hits: 996

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 04 August 2021, 18:01:03.
moe