Majlis Perhimpunan Bulanan KPM

There is no translation available.

Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan hari ini telah menyampaikan ucaptama di Majlis Perhimpunan Bulanan sulungnya bersama warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi-Agensi di bawah Kementerian.

Dalam ucapan beliau, turut menyentuh tentang pengorbanan, usaha, tindakan dan kesetiaan dalam apa jua kita lakukan demi negara.

“Saya ingin warga Kementerian Pendidikan Malaysia memahami bahawa apa yang kita lakukan ketika ini bukan untuk kita sendiri tetapi untuk anak kita, untuk cucu kita dan untuk generasi masa hadapan pewaris negara”, ujarnya

Hadir sama YB Cikgu Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan I, YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II, YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPM, YBrs. Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

01.jpeg 02.jpeg 03.jpeg

04.jpeg 05.jpeg

(10 Ogos 2020)