Majlis Perasmian Konvensyen Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Tahun 2019

There is no translation available.

Sekolah adalah milik bersama – murid-murid, para guru, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta yang mempunyai segenap ruang untuk menyumbang demi pendidikan terbaik anak-anak Malaysia yang perlu dipersiapkan dengan ilmu dan sahsiah terbaik demi mereka menghadapi cabaran di masa hadapan. Persefahaman bersama kolaborasi ini mampu memberi lebih ruang dan peluang untuk anak-anak meneroka lebih banyak ilmu dan kejayaan yang tidak sepatutnya dihalang dek kerana pertelingkahan yang tidak memberi manfaat.

Ini yang dikatakan oleh YB Dr. Maszlee Malik semasa di Konvensyen Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Peringkat Kebangsaan, jadikanlah sekolah sebagai tempat untuk mendorong, menggalakkan dan mengajar anak-anak kita makna sebenar kasih sayang, saling menghormati antara satu sama lain.

 
(UKK 27 November 2019) 
 
  • Hits: 5247

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 03 June 2023, 16:23:20.