Majlis Penyampaian Pek Kembali ke Sekolah McDonald’s Malaysia dan Ronald McDonald House Charities (RMHC)

There is no translation available.

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan hari ini menyempurnakan Majlis Penyampaian Pek Kembali ke Sekolah McDonald’s Malaysia dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, Gombak.

Kira-kira 30,000 orang murid sekolah rendah terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara bakal menerima bantuan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam, kasut dan beg sekolah menerusi program ini.

Program hari ini dilihat sebagai satu contoh kerjasama awam-swasta yang amat dialu –alukan oleh Kementerian.

Ini kerana perkongsian awam swasta (PPP) ke arah menggalakkan penglibatan masyarakat, sektor awam dan sektor swasta dalam pendidikan melalui program permuafakatan serta perkongsian pintar adalah selaras dengan Anjakan 9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu “Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas”.

 
 
(UKK 18 Oktober 2019) 
 
  • Hits: 1743

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 02 August 2021, 16:21:26.
moe