Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) dan Hadiah Sastera Tunas Cipta (HSTS) 2017/2018

There is no translation available.

“Tanpa sasterawan, tanpa penulis, negara ini tandus dan mati”, kata YB Dr. Maszlee Malik semasa Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) dan Hadiah Sastera Tunas Cipta (HSTS) 2017/2018 di ibu negara semalam.

Inovasi dan kreativiti dalam penulisan karya harus ada dalam mengangkat dan memperkasakan kesusasteraan tanah air kita.

Pelaksanaan majlis ini memberikan pengiktirafan dan penghargaan bertaraf Kebangsaan kepada para karyawan yang menghasilkan karya bermutu khususnya dalam bahasa Melayu.

Dengan prakarsa untuk memartabatkan karyawan di mata awam, ianya dapat menyemarakkan penghayatan, pemahaman dan kepekaan kita dalam bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu.

Sebagai bangsa yang cintakan bahasa, ayuh sama-sama bangkit berusaha untuk memperkukuhkan bahasa negara bangsa supaya tidak lapuk dek zaman agar terus menjadi bahasa yang dihormati.

 
(UKK 26 November 2019) 
 
  • Hits: 249

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 12 December 2019, 16:14:25.