Majlis Penandatanganan Perjanjian Kerjasama Penerbitan

There is no translation available.

Buku pertama Ensiklopedia Budaya dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bakal diterbitkan hasil kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Karya-karya asli, tulisan dan dokumentasi kebudayaan dan adat istiadat Kelantan itu memuatkan aspek sejarah, kebudayaan, adab, kesenian dan bahasa.

Berlangsung semalam di DBP, Majlis Perasmian Penandatanganan Memorandum Perjanjian Kerjasama ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Hadir sama Ybhg Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang menyaksikan tandangan kerjasama manakala DBP diwakili oleh Ybhg Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran, Ketua Pengarah DBP.

 
(UKK 19 Disember 2019) 
 
  • Hits: 3748

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 29 September 2023, 15:09:43.