Majlis Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan

There is no translation available.

YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Merangkap Pemangku Menteri Pendidikan hari ini melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) yang merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha menanam semangat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Membawa hashtag slogan #MalaysiaMembaca, DMK memberi fokus untuk meningkatkan jumlah pembacaan, jumlah pembaca dan sasaran pembaca yang lebih menyeluruh serta melalui penglibatan semua peringkat masyarakat.

Ini memperlihatkan kesungguhan Kementerian dalam menjadikan amalan membaca satu budaya untuk membentuk satu masyarakat yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat.

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, “Bagi membudayakan amalan membaca ini, usaha untuk menerbitkan bahan bacaan yang berkualiti dan memenuhi keperluan Negara memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak. Golongan penulis, editor dan penerbit buku perlu dilibatkan secara aktif dalam inisiatif ini. Daya beli dalam kalangan masyarakat juga perlu diambil kira dalam usaha kita mewujudkan pasaran buku yang kompetitif yang mampu dibeli oleh rakyat Malaysia,”

Turut hadir YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan Ybhg Dato’ Dr. Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha KPM.

(UKK 13 Februari 2020) 
 
  • Hits: 3912

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 29 May 2020, 14:31:11.