Majlis Pelancaran Dari Bilik Bicara Ke Bilik Darjah (MYC2C)

There is no translation available.

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan hari ini hadir ke Majlis Pelancaran dari Bilik Bicara ke Bilik Darjah (MYC2C) di Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.

Program MYC2C ini melibatkan sesi pembelajaran interaktif bukan sahaja mampu memberikan pendedahan yang berkesan kepada para murid malahan mampu mendorong minat murid-murid untuk mempelajari bidang undang-undang sama ada sebagai landasan kerjaya ataupun demi menjadi masyarakat yang peka dengan undang-undang negara.

Program dibahagikan kepada tiga (3) modul yang telah dirangka iaitu Modul Hakim ke Sekolah, Modul Peguam Muda dan Modul Lawatan ke Mahkamah.

KPM menyokong penuh konsep pendidikan dari Mahkamah ke Bilik Darjah. Program ini merupakan titik permulaan bagi mendidik dan mewujudkan masyarakat yang lebih berilmu dan prihatin terhadap perkembangan semasa undang – undang.

Turut hadir pada program ini ialah Yang Amat Arif Dato' Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Amat Arif Tan Sri Dato' Sri Azahar bin Mohamed,
Hakim Besar Malaya dan YB Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang).

(UKK 2 Februari 2020) 
 
  • Hits: 2555

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 24 July 2021, 22:26:15.