Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka SK Batu 24

There is no translation available.

YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan hadir bagi menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka di SK Batu 24, Pekan Nanas, Pontian, Johor.

Selain di SK Batu 24, sekolah-sekolah lain yang akan menerima dewan terbuka ialah SMK Sri Kukup, SK Andek Mori Serkat, SK Jeram Batu, SK Pangkalan Raja dan SK Parit Haji Adnan.

Projek membina dewan ini amat perlu dalam usaha menyediakan suasana yang kondusif kepada murid-murid sekolah. Aktiviti bercorak kesukanan dan keilmuan boleh diadakan di dewan ini.

YB Dr. Maszlee juga mengumumkan sumbangan buku dari Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) kepada SK Batu 24.

Turut hadir YBhg. Tuan Haji Shaharudin Shaari Timbalan Pengarah (Sektor Perancangan) Jabatan Pendidikan Negeri Johor

 
 
 
(UKK 11 November 2019) 
 
  • Hits: 3250

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 25 September 2023, 11:33:44.