Libat Urus YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Ke Negeri Kedah Darul Aman dan Perlis

There is no translation available.

LIBAT URUS YB DATUK DR. RADZI JIDIN, MENTERI KANAN PENDIDIKAN KE NEGERI KEDAH DARUL AMAN DAN PERLIS. 

YB Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia telah ke Kedah Darul Aman – negeri jelapang padi pada 10 April 2021 (Sabtu) dan Perlis pada 11 April 2021 (Ahad) yang lepas. 
 
Beliau ke utara bagi mengadakan sesi Ramah Mesra Menteri Kanan Pendidikan Bersama-sama Warga Pendidik Jerai dan Penyerahan Peruntukan bagi sekolah-sekolah di Jerai, Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan Bersama-sama PIBG Kedah, Ramah Mesra Menteri Kanan Pendidikan Bersama-sama Warga Pendidik Kedah dan sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan Bersama-sama Guru Besar negeri Kedah dan Perlis sepanjang berada di negeri jelapang padi itu dan keesokan harinya beliau telah ke Perlis untuk program Malaysia Prihatin Menteri Kanan Pendidikan Bersama-sama Warga Pendidik Seluruh Perlis.  
 
Terkini, Dr. Radzi Jidin juga telah ke Negeri Sembilan dan Melaka untuk sesi libat urus. Sesi sebelum ini telah diadakan dengan jayanya di Johor, Kelantan, Sarawak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 
 
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dan berusaha yang terbaik dalam kualiti, produktiviti dan modenisasi untuk pendidikan semasa dan terkini serta di masa hadapan.
 
  • Hits: 985

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Tuesday 03 August 2021, 12:45:01.
moe