Lawatan YBhg Dato Dr. Mohd Gazali bin Abas ke SK Binyu di Padawan, Kuching

There is no translation available.

YBhg Dato Dr. Mohd Gazali bin Abas hadir melihat sendiri keadaan SK Binyu di Padawan, Kuching. Sekolah ini tidak mempunyai blok pentadbiran yang selesa untuk bilik guru, bilik mesyuarat, pejabat am dan lain-lain. Sekolah juga mempunyai telaga tiub azair namun ia memerlukan penyelenggaraan berkala bagi memastikan kualiti bekalan air terawat.

Cadangan penyelesaian ialah dua unit rumah guru sedang dalam proses pembinaan di bawah pelaksanaan in house jabatan bagi menggantikan rumah guru yang daif untuk dijadikan blok pentadbiran sementara. Selain itu cadangan untuk bekalan air disambungkan kepada bekalan air awam.

 
 
(UKK 19 Oktober 2019) 
 
  • Hits: 2864

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 03 June 2023, 16:23:20.