Lawatan YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali bin Abas ke Sekolah di Kajang

There is no translation available.

YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia pagi ini telah mengadakan lawatan mengejut ke tiga buah sekolah di Kajang. Lawatan santai YBhg. Dato' KSU ini bagi melihat sendiri prasarana-prasarana di sekolah seperti pejabat, bilik guru, tandas sekolah, perpustakaan dan bilik mesyuarat.

Tiga sekolah tersebut ialah SK Taman Jasmin, SMK Taman Jasmin 2 dan SMK Bandar Teknologi. Beliau juga sempat beramah mesra dengan ibu bapa yang ingin mendaftar anak ke sekolah tersebut.

YBhg. Dato KSU juga menyampaikan nasihat YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Pemangku Menteri Pendidikan agar murid-murid tanamkan sifat membaca.

(UKK 4 Februari 2020) 
 
  • Hits: 2714

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 27 May 2020, 10:55:11.