Lawatan Turun Padang Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

There is no translation available.

Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad dan SMK Bandar Banting, Selangor hari ini menerima kunjungan YBhg Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.

YBhg Datuk Yusran hadir dan untuk melihat sendiri pendidikan teknikal dan kursus ditawarkan kepada pelajar-pelajar Kolej. Beliau turut merasmikan Velvet Cottage Cafe di Kolej ini yang menempatkan pelbagai produk hasil daripada pelajar-pelajar Bakeri dan Pastri.

Seterusnya YBhg Datuk Yusran berkunjung ke SMK Bandar Banting. Beliau diberi taklimat dan seterusnya melihat sendiri kerja-kerja renovasi makmal dan bilik darjah.

Hadir sama pegawai-pegawai Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

(UKK 1 September 2020)

  • Hits: 774

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 25 September 2020, 11:12:01.