Lawatan TKPPM (SOS) Ke Sekolah-Sekolah Di Negeri Johor Darul Takzim

There is no translation available.

Lawatan YBhg. Dato' Haji Adzman bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) ke SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor melawat keadaan sekolah sempena pembukaan sekolah untuk Tahun 3 hingga Tahun 6 pada pagi ini, 8 Mac 2021 (Isnin). 

Untuk makluman, pembukaan sekolah telah mula dilaksanakan pada 1 Mac 2021 (Isnin) yang lepas dengan kemasukan murid Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Pendidikan Khas.
 
 
 
Lawatan YBhg. Dato' Haji Adzman bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) ke SK Laksamana, Kota Tinggi, Johor.
 
Beliau telah mengadakan Lawatan Pengoperasian Pembukaan Sekolah serta melawat keadaan persekitaran sempena pembukaan sekolah bagi Tahun 3 hingga Tahun 6 pada pagi ini, 8 Mac 2021 (Isnin). 
 
Untuk makluman, pembukaan sekolah telah mula dilaksanakan pada 1 Mac 2021 (Isnin) yang lepas dengan kemasukan murid Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Pendidikan Khas.
 
  • Hits: 2768

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 25 September 2023, 11:33:44.