Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan II Ke Sekolah Di Negeri Perak Darul Ridzuan

There is no translation available.

Lawatan YBhg. Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 2 Mac 2021 (Selasa) ke Sekolah Kebangsaan Proton City, Proton City, Perak meninjau bilik-bilik darjah dan bilik kemudahan murid di sekolah itu.

 

Lawatan YBhg. Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 2 Mac 2021 (Selasa) ke SKJC Phin Min, Behrang Stesen, Perak. Beliau sempat beramah mesra dengan murid-murid prasekolah dan murid-murid Darjah 1 yang masuk hari kedua persekolahan pada hari ini.

 

Lawatan YBhg. Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia II pada 2 Mac 2021 (Selasa) ke SK Tanjong Malim, Perak. Beliau turut melawat ke Snoezelen & Sensory Room bagi Pendidikan Khas Integrasi yang dibangunkan sendiri oleh para guru sekolah itu disamping beramah mesra dengan murid-murid dan melihat sendiri sesi pembelajaran yang berlangsung mengikut SOP yang telah ditetapkan.

 

Lawatan YBhg. Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 2 Mac 2021 (Selasa) ke SJKT Ladang Ketayong, Behrang, Perak. Beliau telah dibawa untuk melawat kawasan sekolah serta sempat berinteraksi dan beramah mesra dengan murid-murid di sekolah itu.

 

Lawatan YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 9 Mac 2021 (Selasa) ke SJKT Ladang Sungkai, Perak. Beliau sempat berinteraksi dan beramah mesra dengan murid-murid di sekolah itu serta melawat kawasan persekitaran sekolah.

 

Lawatan YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 9 Mac 2021 (Selasa) ke SK Changkat Sulaiman, Perak. Beliau sempat berinteraksi dan beramah mesra dengan murid-murid di sekolah itu serta melawat kawasan persekitaran sekolah.

 

Lawatan YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 9 Mac 2021 (Selasa) ke SJKC Khai Meng, Sungkai, Perak. Keterujaan jelas terpancar pada wajah murid-murid di sekolah itu dengan kehadiran YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon.

 

Lawatan YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 9 Mac 2021 (Selasa) ke SK Sungkai, Perak. Beliau telah melawat Program Khas Integrasi di sekolah itu serta berkesempatan untuk melihat sendiri penyuraian murid apabila waktu pulang dari sekolah.

 

 

 

 

 

  • Hits: 961

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Sunday 01 August 2021, 18:34:10.
moe