Lawatan Rasmi Menteri Pendidikan ke Kolej Vokasional Juasseh, Negeri Sembilan

There is no translation available.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Transformasi Pendidikan Vokasional telah menyediakan ruang dan peluang yang lebih luas seiring dengan anjakan untuk menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

Justeru Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik dalam ucapan beliau menyeru kepada pelajar Kolej Vokasional untuk rajin belajar dan berusaha agar mencapai cita-cita yang mereka inginkan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi lawatan kerja ke Kolej Vokasional Juasseh, Negeri Sembilan pagi tadi.

 
 
(UKK 7 Oktober 2019) 
 
  • Hits: 892

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 29 May 2020, 12:03:28.