Lawatan Dr. Radzi Jidin Di Lima Buah Sekolah Berasrama Sekitar Lembah Klang

There is no translation available.

Petikan daripada FB Dr. Radzi Jidin:

"Hari ini murid kelas peperiksaan awam di sekolah berasrama telah kembali ke sekolah bagi persediaan memulakan sesi persekolahan esok.

Antara jam 6.00 petang hingga 9.00 malam tadi saya melawat murid-murid di lima buah sekolah berasrama iaitu Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah.

Sempat saya bertanya khabar dengan anak-anak yang baru sahaja sampai dari kampung halaman. Alhamdulillah, mereka nampaknya teruja dan bersemangat untuk kembali ke sekolah serta berjumpa guru dan rakan-rakan.

InsyaAllah, sama-sama kita doakan agar anak-anak sentiasa mengikuti arahan dan saranan guru-guru demi kesihatan dan keselamatan masing-masing."

 

(UKK 23 Jun 2020)

  • Hits: 1854

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Sunday 29 November 2020, 13:58:40.