Kunjungan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
6 Ogos 2020- Bahagian Matrikulasi amat berbesar hati di atas kunjungan YBhg. Dr Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke sesi pendaftaran pelajar-pelajar baharu ambilan 2020/2021 di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Beliau telah meluangkan masa meninjau proses pendaftaran pelajar dan melawat fasiliti di Kolej seperti bilik kuliah, asrama, makmal, surau dan persekitaran kolej secara menyeluruh.
YBhg Dr. Habibah juga berkesempatan berjumpa dengan ibubapa yang membawa anak-anak mereka untuk sesi pendaftaran masuk ke Kolej Matrikulasi. Rata-rata ibubapa berpuas hati dengan proses pendaftaran kemasukan anak-anak mereka.
Turut sama dalam lawatan tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Kassim bin Haji Jaafar, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar Bahagian Matrikulasi, serta pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan YBrs. Mohamed Salleh bin Ahmad.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang berjaya memastikan proses pendaftaran berjalan lancar dan mematuhi SOP yang dikuat kuasa.
(6 Ogos 2020)
- Hits: 4090