Kontinjen Waris Seni Petama Dirai Dalam Majlis Apresiasi Bersama KSU KPM

There is no translation available.

YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menghadiri Majlis Apresiasi Bersama Kontinjen Waris Seni Petama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama, Selangor Tahun 2019.

Dalam usaha mengembangkan bakat anak-anak penari sekolah, Kontinjen Waris Seni Petama ini telah menyertai pertandingan International Dance Competition Amsterdam Dance Open 2019 yang diadakan pada 5 hingga 12 Mac lalu.

Penari-penari yang terdiri daripada murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, SMK Abdul Samad dan Sekolah Kebangsaan Sri Petaling ini telah muncul johan kategori Senior Group – Layar Batuttah, Junior Group – Joget Serampang Bugis, Senior Solo – Jatiswaram, Senior Duo – Tandang Bermadah, Junior Duo – Sang Puteri, Children Solo – Zapin dan Children Duo – Zapin kreatif.

Turut dirai, Naib Johan bagi kategori Senior Duo – Joget Junjung Si Kaduk, Senior Trio – Zapin Kuasa Cinta, Junior Duo – Juklah Guru Abe dan Children Solo – Joget.
Majlis yang diraikan bersama ibu bapa kontinjen, guru-guru dan pegawai-pegawai PPD Petaling Utama ini turut dihadiri oleh YBhg Datuk Syed Hussian Syed Junid, Pengerusi Kumpulan Operasi Malaysia, Western Digital Malaysia Sdn Bhd dan YBrs Encik Suhaimi Sun Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni KPM.

 
 
 
(UKK 20 April 2019)
  • Hits: 3695

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Monday 25 September 2023, 11:33:44.