KPM Dan KPWKM Serius Memantapkan PEERS Di Sekolah

There is no translation available.

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan hari ini meluangkan masa untuk melawat SK Puchong dan SMK Puchong, Batu 14, Selangor bagi melihat lebih jelas bagaimana pengajaran mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Semasa lawatan tersebut, kedua-dua Timbalan Menteri juga turut melakukan tinjauan kawasan sekitar sekolah serta mendengar taklimat tentang keperluan dana untuk membaik pulih prasarana dan kawasan sekolah.

Turut sama dalam lawatan ini YBhg. Datin Ng Soo Boon, Timbalan Pengarah Dasar dan Sains dan Teknologi serta YBhg. Datin Norfaridah A. Bakar, Ketua Sektor Bahagian Akademik Negeri Selangor serta pegawai-pegawai kanan KPM.

  • Hits: 1688

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 23 September 2020, 12:18:54.