Kolokium Pendidikan Revolusi Industri 4.0

There is no translation available.

Kolokium Pendidikan Revolusi Industri 4.0 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik di Putrajaya pagi tadi.

Penganjuran Kolokium Pendidikan IR 4.0 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada umum berkaitan pendidikan IR 4.0.

Malah Kolokium Pendidikan IR 4.0 dapat memperkasakan pendidikan fleksibel dalam usaha untuk memastikan graduan yang dilahirkan berkualiti selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Program ini disertai lebih 400 orang terdiri daripada guru-guru, pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan industri.

Hadir sama YBhg Dato' Dr. Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBrs Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

 
 
(UKK 5 November 2019) 
 
  • Hits: 4555

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 04 October 2023, 15:35:07.