#KidsTakeOverParliament: Kita Peduli

There is no translation available.

Bersempena Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut pada hari ini, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail telah menyempurnakan Program #kidstakeoverparliament: Kita Peduli yang diadakan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) turut dihadiri oleh YB Tan Sri Dato Mohamad Ariff Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.

#Kidstakeoverparliament merupakan salah satu platform dalam memperkasakan suara kanak-kanak di seluruh dunia untuk didengari agar kanak-kanak berpeluang dalam menyuarakan pandangan dan cadangan kepada pemimpin negara mengenai isu-isu yang melibatkan mereka.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap masyarakat untuk memastikan kanak-kanak agar sentiasa disayangi, dilindungi dan yang paling utama, membesar dalam persekitaran yang selamat.

 
(UKK 20 November 2019) 
 
  • Hits: 1685

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 28 July 2021, 15:44:44.