Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2019 Sekolah Kebangsaan Parit Patah, Pontian, Johor

There is no translation available.

Program Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2019 Sekolah Kebangsaan Parit Patah, Pontian, Johor yang disempurnakan oleh YB Dr Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia hari ini.

Anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Tokoh Sahsiah Mithali, Anugerah Tokoh Terbaik Kokurikulum dan Anugerah Tokoh Murid.

Dalam ucapan YB Menteri, beliau menekankan pembinaan karakter murid secara holistik dengan nilai manusiawi yang tinggi bagi menyediakan generasi pemimpin pada masa hadapan.

Guru-guru sekolah diminta melawat ke rumah murid-murid yang bermasalah bagi menyelami masalah mereka melalui program Ziarah Cakna.

"Guru-guru lebih mendalami tingkah laku, merasai denyut kehidupan murid di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan kepada murid.

"Maklumat seperti ini amat penting dihayati dalam membina asas bagi meningkatkan pembangunan diri, sahsiah dan kecemerlangan murid,” katanya.

 
 
(UKK 10 November 2019) 
 
  • Hits: 2759

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 28 July 2021, 15:44:44.