Festival Kesenian, Kebudayaan, Kemahiran dan Keusahawanan Pendidikan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019

There is no translation available.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan mencemar duli merasmikan Festival Kesenian, Kebudayaan, Kemahiran dan Keusahawanan Pendidikan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019 di Kompleks Kraf, Jalan Conlay Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 292 Murid Berkeperluan Khas (MBK) dari 53 sekolah sekitar Kuala Lumpur menyertai pertandingan pada festival berkenaan.

Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan gubahan bunga, nyanyian , tarian dan mewarna.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Hannah Yeoh dan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, YBhg. Datuk Dr. Yasmin Hussain.

 
 
(UKK 16 Oktober 2019) 
 
  • Hits: 1912

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 31 July 2021, 16:58:38.
moe