English Teaching Assistant Showcase 2019

There is no translation available.

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia hari ini telah merasmikan English Teaching Assistant Showcase 2019 di Bukit Kiara.

Program ini merupakan program kolaborasi di antara Malaysia dan Amerika Syarikat dengan penyertaan guru-guru yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah yang terpilih.

Memasuki tahun ke-8 penganjurannya, program ini bertujuan menyediakan peluang dan memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah menengah untuk mempelajari Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti yang menarik seperti English Camp, lawatan sambil belajar, dan seni persembahan.

Melalui program ini, para pelajar telah menunjukkan perkembangan yang baik di dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Hadir sama TYT Kamala Shirin Lakhdhir, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia.

 
 
(UKK 30 Oktober 2019) 
 
  • Hits: 3107

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 29 September 2023, 15:09:43.