Dr. Radzi Jidin Mengunjungi SK Sangkabok, Sabah

There is no translation available.

Pada 21 September 2020, Sekolah Kebangsaan Sangkabok terletak kira-kira 16KM dari Pekan Menumbok, Beaufort menerima kunjungan Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan dan isteri.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Datuk Dr. Habibah Binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan YBhg Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Perancangan), KPM.

SK Sangkabok dibina pada tahun 1974, merupakan satu-satunya sekolah di daerah Kuala Penyu yang mempunyai asrama desa.

Kemuncak Majlis dimeriahkan dengan menanam pokok jati oleh Dr. Radzi Jidin bagi menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan semula dan menaiktaraf SK Sangkabok.

01.jpeg 02.jpeg 03.jpeg

04.jpeg 05.jpeg 06.jpeg

07.jpeg 08.jpeg

(UKK, 21 September 2020)