Dato' Dr. Gazali Abas Tinjau Tiga Buah Premis Sekolah Di Perlis
Sebanyak tiga (3) buah sekolah telah dilawati Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dato' Dr. Gazali Abas ketika Program Lawatan Rasmi beliau ke Perlis hari ini.
SMK Tengku Suleiman, SK Chuping dan SK Panggau telah dipilih untuk dilawati bagi meninjau masalah yang dihadapi di premis-premis berkenaan yang memerlukan tindakan segera.
Turut hadir pada sesi berkenaan Setiausaha Bahagian Pembangunan KPM Encik Noor Azman bin Abdul Rahman dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset KPM Datin Paduka Roslinah binti Md Jani.
(UKK 16 November 2019)
- Hits: 2922