Pelancaran Buku Program Buku Jalur Dan Laluan (Belt And Road Initiative) Sempena PBAKL 2019

There is no translation available.

Majlis Pelancaran Program Buku Jalur dan Laluan China telah disempurnakan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung di PWTC, hari ini.
 
Program ini merupakan inisiatif dan kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HAN) bagi memperkenalkan khazanah kebudayaan China selain mencerminkan hubungan rapat antara Malaysia dan China dalam bidang penerbitan, kesusasteraan dan kebudayaan.
 
Selain itu, sebanyak 15 buku terjemahan ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu turut dilancarkan. Hampir keseluruhan buku tersebut merupakan “Siri Buku Budaya China” yang berkaitan dengan keunikan dan kepelbagaian kebudayaan dan khazanah China mencakupi bidang pendidikan, sejarah, kesenian, kesusasteraan, geografi, sukan, sains dan teknologi.
 
Turut hadir YBhg. Dato’ Goh Hin San, Presiden HAN merangkap ahli Lembaga Pengelola DBP dan YBrs Encik Chen Chen, Minister Counsellor, Kedutaan China di Malaysia.
 
 
 
(UKK 2 April 2019)
  • Hits: 2182

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 24 July 2021, 22:26:15.