Persidangan APAIE Platform Pendidikan Antarabangsa

There is no translation available.

 
YB. Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia malam tadi meluangkan masa bersama peserta dalam Majlis Makan Malam Asia-Pacific Association for International Education (APAIE) Conference and Exhibition 2019 yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
 
APAIE merupakan program terbesar diadakan di Malaysia, yang memberi fokus kepada pendidikan antarabangsa.
 
Kata beliau, persidangan ini merupakan pencapaian yang hebat untuk pendidikan peringkat antarabangsa bagi Malaysia kerana dihadiri lebih daripada 2,500 perwakilan dari 60 negara.
 
Menurut YB Dr Maszlee, tujuan utama APAIE adalah untuk mengumpulkan pemimpin dan tokoh pendidikan dari seluruh dunia.
 
"Melalui persidangan ini, delegasi dapat belajar dari satu sama lain.
 
"Kita mesti melakukan yang terbaik dan terus berusaha untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai potensi masing-masing dan menanamkan mereka dengan nilai-nilai yang dapat mengekalkan dan memelihara kesejahteraan dunia, semoga menjadi lebih baik, lebih penyayang dan yang menghormati maruah semua makhluk."
 
Turut hadir YBhg. Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia; YBhg. Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia dan YBhg. Profesor Sarah Todd, Presiden APAIE & Naib Presiden (Global), Griffith University.
 
 
 
(UKK 28 Mac 2019)
  • Hits: 3201

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 07 December 2023, 09:12:45.