Anugerah Akademik Negara Ke-13

There is no translation available.

Anugerah Akademik Negara (AAN) 2019 edisi ke-13 telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

Mula diperkenalkan pada tahun 2006, Penganjuran AAN ini bertujuan memberikan sanjungan dan pengiktirafan tertinggi kepada para sarjana di Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia yang telah memberi sumbangan dalam bidang pengajaran, penemuan ilmu, penerbitan ilmiah dan kreatif serta pemindahan dan pengembangan ilmu pada peringkat kebangsaan dan global serta bersifat multifungsional dan multiorganisasional.

Seramai sembilan (9) penerima daripada enam (6) kategori telah menerima anugerah berprestij berkenaan. Senarai penerima adalah seperti berikut:

1. Anugerah Tokoh Akademik Negara
- Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri bin Abdul Hamid, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2. Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
- Prof. Datuk Dr. Abdul Khalil H P Shawkataly (Bidang Sains), Universiti Sains Malaysia (USM)

- Prof. Dr. Sherina binti Mohd Sidik (Bidang Sains Sosial dan Sastera), Universiti Putra Malaysia (UPM)

3. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
- Prof. Dr. Lai Oi Ming, Universiti Putra Malaysia (UPM)

4. Anugerah Seni dan Kreativiti
- Dr. Ang Mei Foong (Kelompok Seni Persembahan), Universiti Putra Malaysia (UPM)

- Prof. Madya Jalaini bin Abu Hassan (Kelompok Seni Visual), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

- Prof. Madya Dr. Kamariah binti Kamarudin (Kelompok Penulisan Kreatif), Universiti Putra Malaysia (UPM)

5. Anugerah Pengajaran
- Dr. Shahreza bin Md. Sheriff (Kelompok Sains Gunaan), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

6. Anugerah Ahli Akademik Harapan
- Prof. Madya Dr. Oon Chern Ein, Universiti Sains Malaysia (USM)

Turut hadir, YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPM.

 
73222985_2688586257846686_7730561457691033600_n.jpg 73269695_2688585917846720_8144348962153824256_n.jpg 73275766_2688585994513379_4564693003125391360_n.jpg

73357352_2688586137846698_2831065892597530624_n.jpg 73388499_2688585751180070_6557971459589799936_n.jpg 73482835_2688586154513363_4971645024186925056_n.jpg

74181111_2688585831180062_2591197582638186496_n.jpg 74186426_2688586231180022_7084357252613668864_n.jpg 74235600_2688585891180056_2290937097579659264_n.jpg

74493151_2688585811180064_882942630634192896_n.jpg 75224781_2688586017846710_1419651656726872064_n.jpg 77172676_2688585741180071_8914389684398850048_n.jpg

 
(UKK 29 Oktober 2019)