AIxCHANGE: CEO@Faculty Kongsi Kepakaran Industri- Akademia
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan pelbagai inisiatif bagi memacu hala tuju pendidikan tinggi ke arah mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam sistem pendidikan tinggi negara.
YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, antara inisiatif yang diwujudkan adalah Academia-Industry Talent Exchange Programme (AIxCHANGE): CEO@Faculty Programme bagi menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran antara pihak akademia dan industri.
"Di bawah inisiatif AIxCHANGE terdapat tiga subinisiatif iaitu CEO@Faculty Programme 1.0, CEO@Faculty Programme 2.0, dan Academia Industry Expert Exchange Programme (AIxPERT)," kata beliau pada Majlis Apresiasi AIxCHANGE CEO@Faculty Programme Tahun 2019 di Kuala Lumpur.
YB Dr Maszlee diwakili oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan. Turut hadir, YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha KPM dan YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
Hampir 80 pemimpin korporat yang terdiri daripada syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC) juga hadir sama.
- Hits: 3446