30 Sept 20201 - Majlis Clock Out YBhg. Dato' Hj. Adzman Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia
30 September 2021 (Khamis) telah berlangsungnya satu Majlis Clock Out YBhg. Dato' Hj. Adzman Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia sempena persaraan wajib pada 1 Oktober 2021.
Dato' Hj. Adzman Talib telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia selama lebih 36 tahun dan akan meninggalkan perkhidmatan mulai 1 Oktober 2021. Dato’ Hj. Adzman Talib telah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia selama setahun sembilan bulan bermula pada 30 Disember 2019 sehingga 30 September 2021.
Majlis Menandatangani Nota Serah Tugas dan Clock Out beliau telah diadakan di Blok E8, Kompleks E, Putrajaya. Turut hadir sama adalah YB Datuk Dr. Radzi Jidin Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr. Mah Hang Soon Timbalan, Menteri Pendidikan I, YB Datuk Mohamad bin Alamin Timbalan Menteri Pendidikan II, YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha dan YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan
Dari Bintulu ke kota Kuching
Hendak membeli raga rotan
Perpisahan saudara doa diiring
Jemput singgah bila berkesempatan
Terima kasih diatas jasa dan sumbangan sepanjang perkhidmatan. Selamat bersara dan semoga diberikan kesihatan yang baik.
- Hits: 2078