27 Dis 2021 - Hari ke-7: Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia

There is no translation available.

Hari ke-7: Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara Kementerian Pendidikan Malaysia

Hari ini misi bantuan diteruskan lagi. Sukarelawan Bantuan Bencana Guru Pewaris Negara JPN Selangor memberikan bantuan pembersihan di kediaman Cikgu Rosniati binti Ramlan yang merupakan guru di SK Bukit Changgang dan tinggal di Kg. Labohan Dagang, Selangor.
 
Selain itu, Sukarelawan Guru Pewaris Negara Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya bekerjasama dengan Majlis Guru Kaunseling Wilayah Persekutuan Putrajaya turut mengembleng tenaga bagi membersihkan kediaman Cikgu Nordiyanah binti Suhaimi di RTB Bukit Changgang, Banting, Selangor. Cikgu Nordiyanah merupakan guru yang berkhidmat di SMK Putrajaya 14(1) Putrajaya.
 
  • Hits: 1073

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Wednesday 29 June 2022, 20:21:55.