25 Sept 2021 – Lawatan YB Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Meninjau Persiapan dan Persediaan Beberapa Sekolah di Langkawi, Kedah Menjelang Pembukaan Sekolah
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin siang tadi meninjau persiapan dan persediaan beberapa buah sekolah di Langkawi, Kedah menjelang pembukaan sesi bersemuka pada 3 Oktober ini. Pengoperasian sekolah di Langkawi adalah mengikut negeri dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan Langkawi kini berada di bawah pelaksanaan inisiatif gelembung pelancongan.
Dalam lawatan itu, beliau mengunjungi empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba, Sekolah Kebangsaan Selat Nyior, Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Chempedak. Turut ditinjau oleh Datuk Dr. Radzi Jidin ialah asrama sekolah terbabit bagi memastikan segala panduan yang telah diberikan dapat dipatuhi dengan baik.
- Hits: 1526