25 Guru Menerima Anugerah Guru Inspirasi

There is no translation available.

Memasuki tahun ketiga, McDonald's dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan program Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.

Majlis yang berlangsung di SPICE Arena Pulau Pinang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg Datuk Dr. Amin Senin.

Anugerah ini melibatkan pencalonan terbuka oleh rakyat Malaysia terhadap guru-guru pilihan yang telah berjaya memberi inspirasi dalam kehidupan mereka.

Dalam ucapan beliau, Datuk Dr. Amin berkata guru harus diberikan pengiktirafan berterusan, setaraf dengan kerja keras mereka.

"Pemberian penghargaan kepada guru harus dijadikan perkara yang sebati dalam diri kita sebagai pelajar kerana sesungguhnya, mereka amat berhak menerima pujian, pengiktirafan dan ucapan penghargaan daripada kita," tambah beliau.

Pada tahun ini McDonald’s telah menerima lebih 7,500 pencalonan Guru Inspirasi McDonald's yang dihantar oleh rakyat Malaysia. Daripada jumlah tersebut seramai 25 orang guru dari seluruh negara telah dipilih bagi menerima anugerah berkenaan.

 

 
 
(UKK 13 Mei 2019)
  • Hits: 3535

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 24 July 2021, 22:26:15.