24 Mei 2023 - Majlis Pelancaran Program Perpaduan Madani Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023

There is no translation available.

Majlis Pelancaran Program Perpaduan Madani Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023

Rabu l 24 Mei 2023
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik inisiatif sambutan Minggu Perpaduan Negara yang bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’. Ini dizahirkan dengan penganjuran Program Perpaduan Madani KPM Tahun 2023.
 
Program Perpaduan Madani KPM Tahun 2023 dilangsungkan pada 20 hingga 27 Mei 2023. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying pada Rabu.
 
Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah, Dr Norisah binti Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme, Tuan Hj Shafruddin bin Ali Hussin, pegawai-pegawai kanan KPM dan barisan pengurusan Bank Rakyat.
 
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
 
  • Hits: 2268

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Thursday 07 December 2023, 09:12:45.