19 Mei 2023 - Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri di Rembau, Negeri Sembilan
Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri di Rembau, Negeri Sembilan
19 Mei 2023 | Jumaat
Terima kasih atas keprihatinan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah mengadakan lawatan kerja di Rembau, Negeri Sembilan pada Jumaat bagi meninjau keadaan terkini baik pulih kerosakan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail.
YAB Perdana Menteri telah mengumumkan penambahan peruntukan sedia ada untuk memperbaiki kerosakan dan meminta supaya kerja baik pulih diselesaikan segera. Ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih sempurna.
Kerajaan komited memastikan kemudahan dan akses pendidikan dapat ditambah baik dari semasa ke semasa untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia.
Turut hadir dalam acara lawatan kerja ini adalah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Hj Aminuddin Harun, YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan YB Menteri Pertahanan yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hasan.
- Hits: 955