19 Januari 2023 - Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 YB Menteri Pendidikan

There is no translation available.

19 Januari 2023 - Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 YB Menteri Pendidikan.

YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan telah memberi amanat Tahun Baharu 2023 kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Amanat pada tahun ini adalah mendepani cabaran pendidikan, memacu hala tuju dan merangka tujahan ke hadapan yang memerlukan kesiapsagaan bagi menjayakan agenda pendidikan negara dalam rangkulan Malaysia Madani.

Turut hadir YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan, YBhg. Dato' Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs. Tuan Ramzi bin Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) serta pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut mengiringi YB Menteri dalam majlis penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) kepada sembilan (9) orang tokoh dan individu yang mempunyai kepakaran dan latar belakang dalam bidang masing-masing bagi menganggotai MPPK sesi 2023-2025.

#7TerasKPM
#MuridCeriaGuruBahagiaSekolahBitaraDanNegaraSejahtera
#MalaysiaMADANI
 
  • Hits: 517

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Saturday 28 January 2023, 21:47:56.