17 Mac 2021 - Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan II Ke Sekolah Di Negeri Perak Darul Ridzuan

There is no translation available.

Lawatan YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 17 Mac 2021 (Rabu) adalah ke SK Seri Bidor, Perak.  

Uniknya lawatan pada kali ini, beliau telah dijemput untuk melawat sekolah itu oleh salah seorang murid bernama Muhammad Khairunrusydan yang bersekolah di SK Seri Bidor itu secara atas talian. 
 
Ucapan alu-aluan beliau kepada pihak sekolah itu juga telah disiarkan secara webinar dan dipancarkan ke dalam bilik darjah masing-masing yang dilengkapi TV LCD. 
 
Selain itu, YB Dato' Dr. Mah Hang Soon juga turut dijemput untuk merasmikan 'Digital Classroom SK Seri Bidor'.
 
 
 
 
Lawatan YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 17 Mac 2021 (Rabu) adalah ke SJKT Ladang Bidor, Perak. 
 
Selain melihat sendiri keadaan persekitaran sekolah, beliau juga turut melawat kemudahan sekolah yang disediakan dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan serta beramah mesra dengan murid-murid sekolah itu.
 
 
 
 
Lawatan YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 17 Mac 2021 (Rabu) adalah ke SJKC Choong Hua, Bidor, Perak. 
 
Masih dengan lawatan ke kawasan persekitaran sekolah bagi melihat sendiri SOP yang dilaksanakan disamping beramah mesra dengan murid-murid sekolah itu.
 
 
 
 
Lawatan YB Dato' Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Menteri Pendidikan II pada 17 Mac 2021 (Rabu) seterusnya adalah ke SK Kampong Poh, Bidor, Perak. Seperti kebiasaan, beliau sempat beramah mesra dengan murid-murid sekolah itu dan berkesempatan juga untuk melihat sendiri proses penyuraian murid apabila tamat waktu sekolah. 
 
Lensa kamera juga sempat merakamkan seorang murid OKU yang diambil oleh penjaganya ketika waktu penyuraian tersebut.
 
 
  • Hits: 847

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 06 August 2021, 11:23:00.
moe