16 Januari 2023 - Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan Ke Negeri Johor

There is no translation available.

Lawatan kerja YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan ke Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy Johor diiringi oleh Yang Berhormat Tunku Fatimah Faridah binti Tunku Tan Sri Osman, Pengerusi Persatuan Cerebral Palsy Johor pada 16 Januari 2023.

Turut hadir bersama-sama YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusuf, Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato' Pkharuddin bin Haji Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Pn Hajah Salmah Jopri, Ketua Jabatan Bahagian Pendidikan Khas, Encik Md Said Daimon, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Johor.
 
 
 
Lawatan YB Menteri Pendidikan ke Johor Bahru diteruskan di Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tinggi yang sudah berusia 100 tahun. Bangunan dua tingkat sekolah ini yang dibina dari papan amat memerlukan pemuliharaan, pembaikan dan penyelengaraan yang serius.
 
Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk kerja-kerja  pembaikan, demi menjamin kemaslahatan dan keselamatan murid-murid serta guru di sekolah ini.
 
 
 
 
  • Hits: 1467

Follow us on the official social media:

© 2019 Ministry of Education Malaysia (MOE). All right reserved
Last Modified Friday 22 September 2023, 15:47:27.