14 Mei 2022 - Kejayaan Murid Dalam Regeneron International Science And Engineering Fair (ISEF) 2022

There is no translation available.

1 Logo Korporat KPM BM

Kejayaan Murid Dalam Regeneron International Science And Engineering Fair (ISEF) 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang pasukan KPM dalam Regeneron International Science and Engineering Fair 2022 yang telah diadakan pada 7 hingga 13 Mei 2022 di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Pasukan negara yang dianggotai oleh 14 orang murid sekolah menengah dan diiringi oleh dua orang pegawai dan  seorang guru pembimbing telah berjaya merangkul lapan (8) anugerah dalam pertandingan berprestij tersebut.

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM melalui Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2022 membiayai penyertaan enam (6) buah projek inovasi untuk dipertandingkan dalam Regeneron International Science and Engineering Fair  (ISEF) 2022 anjuran Society for Science, Amerika Syarikat. Pertandingan inovasi sains antarabangsa terbesar dunia ini mengumpulkan sebanyak hampir 1,396 projek dan 1,750 peserta dari 63 buah negara pada tahun ini.

Penyertaan pasukan Malaysia dalam Regeneron ISEF 2022 merupakan penyertaan pertama secara bersemuka pasca pandemik Covid-19. Pasukan KPM pada kali ini telah melakar peningkatan pencapaian sekaligus mengharumkan nama negara di persada dunia. Pasukan Malaysia telah memenangi dua kategori anugerah iaitu Grand Awards dan Special Awards. Grand Awards merupakan pengiktirafan pencapaian tertinggi dalam Regeneron ISEF 2022. Senarai anugerah yang dimenangi oleh pasukan negara adalah seperti berikut;

1st Grand Award in Robotics and Intelligent Machines 
Yong Saan Cern
Yeoh Sheng Ze
SMJK Katholik , Petaling Jaya, Selangor
 
Hadiah tajaan Siegel Family Endowment:
i) USD5,000 untuk pasukan
ii) USD1,000 untuk sekolah
iii) USD 1,000 untuk KPM
 
European Union Contest for Young Scientists
Yong Saan Cern
Yeoh Sheng Ze
SMJK Katholik , Petaling Jaya, Selangor
 
Hadiah Tajaan Society for Science
Tajaan pembiayaan penyertaan dalam pertandingan European Union Contest for Young Scientists di Leiden, Belanda pada 13 hingga 18 September 2022.
 
4th Grand Award in Environmental Engineering
Najwa Ariena binti Mohamad Azizie
SMK Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan
 
Hadiah tajaan Jacobs
USD500
 
4th Grand Award in Chemistry
Alden Goh Kai Ray
Tan Chun Rui
Liew Ze Wei
SMJK Chung Ling, Pulau Pinang
 
Hadiah tajaan DOW
USD500
 
Special Awards pula merupakan pengiktirafan pencapaian oleh agensi penaja dari seluruh dunia. Senarai kejayaan adalah seperti berikut;
2nd Place in Sigma Xi, The Scientific Research Honour Society Special Award
Cheong Yan Yi
Lee Yi Fan
Alfred Chin Zhan Hoong
SMJK Chung Ling, Pulau Pinang
 
Hadiah tajaan Sigma Xi, The Scientific Research Honour Society
USD1,000
One year free Sigma Xi associate membership
Pelawaan membentangkan projek inovasi di International Forum on Research Excellence (IFoRE)
 
3rd Place in American Chemical Society Special Award
Alden Goh Kai Ray
Tan Chun Rui
Liew Ze Wei
SMJK Chung Ling, Pulau Pinang
 
Hadiah tajaan American Chemical Society
USD2,000
 
4th Place in Association for Computing Machinery Special Award
Yong Saan Cern
Yeoh Sheng Ze
SMJK Katholik, Petaling Jaya, Selangor
 
Hadiah tajaan Association for Computing Machinery
USD500
 
University of Arizona Special Award
Yong Saan Cern
Yeoh Sheng Ze
SMJK Katholik, Petaling Jaya, Selangor
 
Hadiah tajaan University of Arizona
Pembiayaan yuran pengajian selama setahun di University of Arizona

KPM menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia dalam menerajui Hala Tuju Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk meningkatkan minat murid dalam bidang STEM. Pencapaian pasukan negara merupakan inspirasi kepada murid dan guru seluruh negara untuk terus menceburkan diri dalam bidang STEM serta membudayakan pembelajaran secara inkuiri serta mengukuhkan pendidikan STEM di sekolah demi melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berdaya saing. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru terlibat!

 

REGENERON INTERNATIONAL SCIENCE AND ENGINEERING FAIR 2022 1  REGENERON INTERNATIONAL SCIENCE AND ENGINEERING FAIR 2022 2