12 Dis 2021 – Soroton Aktiviti Hari Terakhir Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
Ahad, 12 Disember 2021 adalah hari terakhir program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Reruai KPM mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung di sepanjang tempoh program dilaksanakan.
Hari ini, KPM turut menyajikan beberapa persembahan menarik untuk hiburan pengunjung di Pentas Utama, Hall 1, KLCC. Antaranya, Persembahan Jazz yang dipersembahkan oleh International School Kuala Lumpur (ISKL), Acoustic Busking oleh Sekolah Seni Malaysia (SSEM) Kuala Lumpur, Tarian Etnik Borneo oleh Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dan persembahan angklung oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul.
- Hits: 1690